LANGKAWI, 10 OGOS – Majlis Perasmian Program 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah berlangsung dengan penuh meriah, menyatukan warga agensi dalam semangat kesukanan, kekitaan dan kecergasan hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, turut disaksikan pegawai dan anggota dari pelbagai bahagian operasi serta pentadbiran.
Romli berkata, program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Maritim Malaysia, sejajar dengan aspirasi membentuk pasukan yang cekap, cergas dan bersatu padu.
Tahun ini, Sukan 3K KESMAR tampil dengan kelainan melalui penganjuran senam robik berirama seiring dengan Cabaran Weight Loss Challenge yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja. Inisiatif ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi galakan untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat secara konsisten.
Terdahulu, beberapa acara sukan telah berlangsung termasuk badminton, menembak dan dart yang menerima sambutan hangat daripada peserta.
Pertandingan tersebut bukan sahaja mencabar kemahiran fizikal malah mengeratkan ukhuwah antara warga Maritim Malaysia.
Sukan 3K KESMAR ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dan meningkatkan motivasi warga kerja, di samping menggalakkan budaya kerja berpasukan yang efektif.
Maritim Malaysia akan terus komited menganjurkan aktiviti seumpama ini bagi memastikan kesiapsiagaan fizikal dan mental setiap anggota berada pada tahap yang optimum dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

