TAIPING, 8 OGOS — Maritim Malaysia hari ini menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI di Pejabat Daerah dan Tanah Taiping, bagi membincangkan persiapan program yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos hadapan di Kampung Temerlok.
Perbincangan tertumpu kepada penyediaan tentatif program, pembahagian tugas jawatankuasa, dan pengisian acara, termasuk pameran oleh jabatan serta agensi, gimik persembahan, susun atur lokasi, dan penyediaan makanan. Aktiviti gotong-royong turut dirancang bagi membersihkan kawasan sekitar majlis dan laluan ke tapak projek pembinaan.
Mesyuarat diikuti dengan lawatan tapak bagi meninjau persediaan lokasi sebelum program berlangsung, dan selesai pada jam 5.00 petang.
Mesyuarat dipengerusikan Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat.
Turut hadir ialah Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Kepten Maritim Razali bin Kassim serta wakil daripada lain-lain agensi.
Maritim Malaysia komited menyokong inisiatif MADANI melalui penglibatan aktif dalam program komuniti seumpama ini, selaras dengan usaha memperkukuh hubungan strategik bersama masyarakat setempat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

