PULAU PERHENTIAN, 8 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan telah dijemput bagi menghadiri Majlis Pemeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Daerah Pasir Puteh dan Nasrom Travel & Tours Sdn. Bhd. yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu, 6 Ogos lalu.Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muafakat ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, sebagai tetamu kehormat.Memorandum persefahaman ini dimeterai sebagai langkah awal ke arah pembangunan Jeti Pelancongan Tok Bali, yang dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan maritim di Tok Bali khususnya, dan negeri Kelantan secara amnya.Pemeteraian MoU ini mencerminkan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam merancakkan pembangunan infrastruktur pelancongan, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Tok Bali sebagai salah satu hab pelancongan utama di Pantai Timur.Dalam kesempatan itu, YAB Menteri Besar turut dibawa meninjau dengan lebih dekat antara sektor rondaan operasi penguatkuasaan Maritim Negeri Kelantan sekaligus dapat menjiwai tugas Maritim Malaysia ketika melaksanakan rondaan penguatkuasaan di sektor tanggungjawab.Turut bersama ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Helmi bin Abdullah; Exco Pertanian, Indusri Agro Makanan dan Komoditi Negeri Kelantan, YB Dato’Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Mohd Kamarulzaman Ab Wahab.Kehadiran Maritim Negeri Kelantan dalam majlis ini turut melambangkan sokongan penuh Agensi Penguat Kuasa terhadap usaha pembangunan pelancongan berasaskan Maritim, serta komitmen berterusan dalam menjamin keselamatan pelancong, nelayan dan komuniti setempat yang bergantung kepada sumber laut.Majlis ini menjadi titik permulaan kepada inisiatif kerjasama pelbagai pihak yang diharapkan mampu melonjakkan ekonomi setempat, memperkukuh keselamatan maritim dan memperkenalkan Kelantan sebagai destinasi pelancongan maritim yang berdaya saing.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

