NILAI, 8 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Bengkel Kajian Nilai (Value Engineering Workshop) bagi Projek Pembangunan Kompleks Ibu Pejabat Maritim Malaysia yang berlangsung selama tiga hari yang berakhir malam tadi, di sebuah hotel di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Bengkel ini bertujuan menilai semula reka bentuk dan skop pembangunan kompleks tersebut agar memenuhi keperluan operasi dan pentadbiran agensi secara menyeluruh, serta menjamin keberkesanan perbelanjaan kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan berskala besar.
Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pegawai-pegawai kanan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), serta pegawai teknikal dan operasi dari Maritim Malaysia sendiri. Pendekatan holistik ini membolehkan analisis menyeluruh terhadap keperluan semasa dan jangka panjang, sekali gus menghasilkan cadangan penyelesaian yang lestari dan berimpak tinggi.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Nor Hisham bin Ibrahim bengkel ini menjadi platform penting untuk menyelaraskan pandangan pelbagai agensi agar projek ini bukan sahaja menepati spesifikasi teknikal dan operasional, malah efisien dari sudut kos, masa dan penyelenggaraan di masa hadapan.
“Pembinaan Kompleks Ibu Pejabat yang baharu ini adalah manifestasi komitmen kerajaan MADANI dalam memperkasa keupayaan Maritim Malaysia sebagai agensi utama menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara,” ujarnya.
Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly.
Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Hasil dapatan dan syor akan dibentangkan kepada pihak berkaitan untuk pertimbangan lanjut sebelum pelaksanaan fasa reka bentuk dan pembinaan dimuktamadkan.
Projek ini dijangka memberi nafas baharu kepada struktur organisasi Maritim Malaysia dengan penyatuan fungsi-fungsi utama strategik di bawah satu kompleks yang moden dan lebih efisien.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

