PUTRAJAYA, 29 JULAI – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan daripada Cawangan SUPREME, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sesi Mesyuarat dan Taklimat Dasar Baharu Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus atau Subject Matter Expert (SME).
Taklimat yang disampaikan oleh pihak JPA ini memberi pencerahan berkenaan pelaksanaan laluan kerjaya khusus bagi penjawat awam yang mempunyai kepakaran teknikal tinggi dan peranan strategik dalam agensi masing-masing.
Antara yang hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Sumber Manusia Maritim Malaysia, Tuan Haji Mohd Hamzah Murghayah bin Abdullah dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Encik Mahmud bin Abd Rahman, Pengarah Unit Integriti, Puan Nur Kamariah binti Abd Rahim serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia yang lain.
Inisiatif ini bakal membuka ruang lebih luas kepada para pegawai untuk diiktiraf sebagai pakar dalam pelbagai bidang secara formal serta diberi laluan kemajuan kerjaya setara dalam bidang pengurusan.
Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada pihak JPA di atas komitmen dan kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan modal insan sektor awam secara menyeluruh.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

