KEMAMAN, 25 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman dengan kerjasama strategik PETRONAS telah menganjurkan Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) dan Majlis Penyerahan Sumbangan Peranti Pengumpulan Ikan (FAD) bertempat di Jeti Kuala Kemaman, melibatkan penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, komuniti nelayan, NGO serta pemain industri minyak dan gas.
Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif memperkukuh hubungan dua hala antara pihak berkuasa dan komuniti maritim, di samping memupuk kesedaran keselamatan laut serta menyokong kelestarian sumber marin untuk kesejahteraan nelayan setempat.
Antara pengisian utama program termasuk taklimat keselamatan dan pematuhan undang-undang laut, demonstrasi pemakaian jaket keselamatan serta edaran risalah keselamatan kepada pengunjung, yang disampaikan oleh Leftenan Madya Maritim Hairul Nizad bin Abd Rahman.
Dalam usaha menyokong kebajikan komuniti maritim, sebanyak 40 unit FAD telah disumbangkan kepada komuniti nelayan oleh pihak PETRONAS.
Program ini turut dihadiri Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Tuan Pang Anak Nyukang, serta dua wakil rasmi daripada PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., iaitu Puan Haslina Abdullah, Pengurus Besar Jabatan Fasiliti Bersepadu, Aset Semenanjung Malaysia dan Encik Tang Hing Tung, Pengurus Keselamatan PETRONAS.
Dalam sesi perkongsiannya, Encik Tang menekankan risiko besar kepada komuniti laut apabila mendekati pelantar minyak dalam lingkungan 500 meter, dan menyeru agar semua pihak mematuhi larangan demi keselamatan bersama.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim bin Hamzah, dalam ucapannya berkata, keselamatan dan kelestarian laut adalah tanggungjawab bersama.
"Kerjasama erat bersama sektor industri seperti PETRONAS adalah bukti bahawa usaha pemuliharaan komuniti maritim bukan hanya terletak pada agensi penguat kuasa semata-mata, malah memerlukan penglibatan yang menyeluruh,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan harapan agar sumbangan FAD ini mampu membantu komuniti nelayan meningkatkan hasil tangkapan secara lestari tanpa menjejaskan ekosistem marin.
Maritim Malaysia terus komited dalam menganjurkan program seumpama ini secara berterusan bagi membina komuniti maritim yang berilmu, mematuhi undang-undang serta berdaya tahan menghadapi cabaran ketika berada di laut.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

