PUTRAJAYA, 25 JULAI – Pasukan Ping Pong Ibu Pejabat Maritim Malaysia buat julung kalinya telah menyertai Kejohanan Ping Pong Berpasukan MAKSWIP 2025 yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya bermula 22 hingga 25 Julai 2025.
Melalui penyertaan sulung ini, Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) Putrajaya telah menghantar dua pasukan. Satu pasukan lelaki yang dibarisi enam pemain dan satu pasukan wanita seramai tiga pemain.
Pasukan lelaki Maritim Malaysia menampilkan persembahan mantap apabila berjaya mara sehingga ke pusingan ketiga dan tergolong dalam 32 pasukan terbaik daripada 92 pasukan bertanding. Aksi mereka berakhir dengan penuh semangat pada jam 12.30 tengah malam 25 Julai setelah berentap sengit namun tewas kepada pasukan dari Bank Negara Malaysia.
Sementara itu, pasukan wanita Maritim Malaysia turut menunjukkan daya saing yang tinggi dalam kemunculan pertama mereka. Walaupun perjuangan tamat di peringkat kumpulan dalam kalangan 42 pasukan wanita bertanding, komitmen dan semangat juang yang ditampilkan amat membanggakan.
Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan keterbukaan Maritim Malaysia dalam menyokong aktiviti gaya hidup sihat dan kecergasan, malah memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat berpasukan antara warga agensi.
Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas usaha dan pencapaian yang membanggakan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

