LANGKAWI, 23 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil sebagai salah satu komponen pertandingan bagi Kelab Sukan Maritim (KESMAR) 2025, bertempat di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM).
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, ujian ini bukan sahaja menguji kemahiran dan ketepatan anggota dalam pengendalian senjata api, malah markah yang diperoleh turut diambil kira dalam penilaian keseluruhan acara sukan KESMAR bagi tahun ini.
Antara acara yang dipertandingkan adalah Rapid Fire, Precision Shooting dan juga Falling Plate. Terdahulu, majlis dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh Bintara Kanan Maritim Zamizam bin Zahari, yang menekankan kepatuhan prosedur keselamatan sepanjang sesi menembak dijalankan.
Manakala bacaan ikrar pula diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Naiem bin Razak, sebagai simbol komitmen dan semangat kesukanan para peserta.
Program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuhkan semangat berpasukan, kecekapan taktikal, serta mempererat hubungan sesama warga Maritim Malaysia di samping menerapkan nilai disiplin dan profesionalisme dalam suasana kompetitif.
Maritim Malaysia terus komited untuk melahirkan anggota yang cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk sukan, kemahiran taktikal dan pengendalian senjata, demi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menjalankan tugas mempertahankan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

