JOHOR BAHRU, 23 JULAI – Usaha memperkasa kecekapan pengoperasian dan keselamatan maritim terus dipertingkat apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menganjurkan taklimat berkaitan sistem Vessel Traffic Services (VTS) di Pejabat Maritim Negeri Johor, semalam.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil memaklumkan, taklimat berkenaan diadakan bertujuan memantapkan pengurusan trafik laut serta keberkesanan komunikasi dua hala di perairan negara.
“Seramai 30 pegawai dan anggota daripada unit kapal, bot dan Ibu Pejabat telah menghadiri taklimat tersebut sebagai usaha dalam memperkemas ilmu pengetahuan sedia ada,” jelas beliau.
Kama Azri turut memaklumkan, taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Trafik & Bantuan Pelayaran JLM Wilayah Selatan, Puan Noranita binti Md Salleh itu merupakan bidang tugas yang dikendalikan Seksyen Operasi Maritim Negeri Johor.
“Taklimat seperti ini mampu menambah ilmu pengetahuan para pegawai dan anggota yang bekerja di lapangan selain dapat mengetahui senarai kapal-kapal yang diberi kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia bagi tujuan tertentu,” tambah beliau.
Melalui penganjuran taklimat seperti ini, Maritim Negeri Johor terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan warga kerjanya.
Usaha berterusan ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama antara agensi, malah memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan trafik maritim di perairan negara sentiasa berada pada tahap optimum.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

