08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENGHADAP TYT PULAU PINANG, PERKASA PERANAN STRATEGIK AGENSI

PULAU PINANG, 23 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman serta Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Ramli Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, di Seri Mutiara, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Datuk Haji Mohd Rosli memberi taklimat menyeluruh kepada TYT Tun Ramli mengenai fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang maritim di perairan negeri Pulau Pinang.

Antara fokus utama agensi termasuklah membanteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pencerobohan nelayan asing, serta memastikan keselamatan pelayaran dan komuniti maritim setempat sentiasa terpelihara.

Turut dibincangkan ialah cadangan perolehan tanah di kawasan Macallum, Pulau Pinang bagi pembinaan bangunan pejabat serta kuarters Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Langkah strategik ini dijangka dapat memperkukuh keupayaan operasi dan penyelarasan tugas penguatkuasaan serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan negeri itu.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Ramli Ngah Talib menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara, khususnya di kawasan strategik seperti Pulau Pinang.

Beliau turut menyambut baik inisiatif perolehan premis baharu tersebut yang diyakini dapat mempertingkat tahap kesiapsiagaan dan kecekapan operasi Maritim Malaysia di negeri ini.

Kunjungan hormat ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara agensi persekutuan dan kerajaan negeri dalam menangani cabaran keselamatan maritim serta membina jaringan strategik ke arah tadbir urus laut yang lebih mampan.

 

KH TYT PENANG
 
KH TYT PENANG2
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC