08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

31 PEGAWAI, ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TAMAT LATIHAN ASAS KURSUS PENERBANGAN, TERIMA PEMAKAIAN SAYAP PENERBANG

PUTRAJAYA, 22 JULAI – Seramai 31 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menamatkan latihan setelah mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Layang Layang Flying Academy (LLFA), Ipoh, dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Sayap Penerbang Maritim Malaysia Tahun 2025 itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah diiringi Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Mohd Tahir bin Khalid.

Pemakaian Sayap Penerbang telah menyaksikan sebanyak lapan pelatih Juruterbang Helikopter Siri 2/2023, enam pelatih Pegawai Sistem Udara Siri 1/2024, lima pelatih Aircrewman Siri 2/2024 dan enam pelatih Perenang Penyelamat Siri 2/2024.

Selain itu, empat orang peserta Kursus Lanjutan Mencari dan Menyelamat Helikopter serta dua peserta Kursus Jurulatih Penerbangan menerima Sijil Tamat Latihan dalam majlis sama.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli, kursus ini penting bagi melahirkan Pegawai dan anggota yang berkeupayaan tinggi dalam mengendalikan operasi maritim selaras dengan teras tujuh yang menjadi pegangan beliau dengan menekankan pembangunan modal insan yang berkualiti.

“Kursus ini bertujuan melatih dan melahirkan pegawai berkepakaran Penerbang Maritim Malaysia yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi bagi mengoperasikan pesawat Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan dan CARILAMAT dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan maritim negara sentiasa berada di tahap optimum,” ujarnya.

Tambahnya, dengan persediaan kursus yang telah dijalankan, beliau optimis kesiapsiagaan penguat kuasa Martim Malaysia berada di tahap terbaik bagi menghadapi pelbagai cabaran berkaitan pengoperasian operasi udara yang kompleks dan mencabar.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Haji Norhisham bin Ibrahim; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah; Group General Manager Layang Layang Flying Academy Sdn Bhd, Captain Shahdon Poong serta pegawai-pegawai kanan dan warga Maritim Malaysia.


TAMAT LATIHAN
 
TAMAT LATIHAN5
 
TAMAT LATIHAN7
 
TAMAT LATIHAN10

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC