KUALA LUMPUR, 22 JULAI – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, telah berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.
Sesi mengadap yang berlangsung ini merupakan satu penghormatan besar buat Maritim Malaysia dalam menjunjung kasih dan menzahirkan sokongan penuh kepada kepimpinan KDPB Tuanku.
Dalam sesi tersebut, Ketua Pengarah turut mengambil kesempatan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu serta Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia kepada KDPB Tuanku.
Antara intipati penting yang dizahirkan, KDPB Tuanku menzahirkan keprihatinan terhadap keperluan prasarana agensi dan menitahkan agar cadangan pembinaan bangunan serta infrastruktur Maritim Malaysia di Negeri Pahang disegerakan, namun diselaraskan dengan kemampuan kewangan semasa kerajaan.
Selain itu, baginda turut menzahirkan kebimbangan berhubung isu penyalahgunaan dadah dalam komuniti maritim dan menitahkan agar operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia dipertingkatkan khususnya di kawasan perairan Pahang.
Maritim Malaysia merafak sembah dan menjunjung kasih di atas limpah perkenan Tuanku menerima mengadap, dan menegaskan komitmen berterusan agensi dalam memperkasa keselamatan perairan negara serta memperkukuh pelaksanaan undang-undang maritim demi kesejahteraan rakyat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

