08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PROGRAM EAFM LANGKAWI 2025 PERKUKUH ILMU KESELAMATAN DAN ALAM MARIN

LANGKAWI, 21 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah menyertai program Keselamatan di Laut dan Kesedaran Marin @ EAFM Langkawi 2025 anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Kedah yang dilaksanakan dengan jayanya di Lion Marine Camp, Pulau Singa Besar, Langkawi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan maritim dan kepentingan pemuliharaan alam marin melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman secara langsung.

“Program ini memberi penekanan kepada pembentukan kesedaran dan pengukuhan kemahiran peserta dalam aspek keselamatan maritim serta pemuliharaan alam sekitar laut," jelasnya.

Seramai 64 orang peserta telah terlibat, terdiri daripada tiga pegawai dari Maritim Malaysia, 25 nelayan Zon A, lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 28 pegawai serta anggota daripada DOF.

Ceramah dan demonstrasi yang disampaikan oleh JBPM memberi pengetahuan asas berkaitan rawatan awal kecemasan termasuk teknik CPR, pengurusan kecederaan ringan, serta penggunaan kit bantuan kecemasan. Aktiviti ini bertujuan memperkasakan komuniti maritim dengan kemahiran penting dalam menangani kecemasan di laut.

Maritim Malaysia telah melaksanakan ceramah berkaitan keselamatan maritim yang disampaikan oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Naiem bin Razak, disertai dengan demonstrasi penggunaan jaket keselamatan dan peralatan Personal Locator Beacon (PLB).

Penyampaian ini bertujuan memupuk budaya keselamatan dalam kalangan peserta serta meningkatkan kefahaman mereka mengenai persediaan menghadapi situasi kecemasan di laut.

Melalui taklimat dan aktiviti yang dijalankan oleh DOF, peserta didedahkan kepada kepentingan ekosistem marin, pemuliharaan terumbu karang serta pelaksanaan aktiviti pembersihan pantai. Usaha ini diharap dapat menanam nilai tanggungjawab dan kepedulian terhadap biodiversiti laut dalam kalangan komuniti nelayan.

Program ini telah memberikan impak yang positif dengan penglibatan aktif peserta dalam semua aktiviti yang dijalankan. Pendekatan praktikal serta kerjasama erat antara agensi seperti Maritim Malaysia, JBPM dan DOF telah memperkukuhkan lagi objektif program dalam memupuk komuniti maritim yang lebih peka, cekap dan bertanggungjawab terhadap keselamatan serta kelestarian laut.

 

EAFM LANGKAWI
 
EAFM LANGKAWI4
 
EAFM LANGKAWI3
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC