MIRI, 21 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Program Sahabat Maritim: ‘Juh Ngopi Bersama Komuniti’ pada 19 dan 20 Julai 2025 bertempat di Kampung Pulau Melayu, Miri.
Program dua hari ini diadakan bagi memperkukuh hubungan strategik antara Maritim Malaysia, pemain industri minyak dan gas serta komuniti maritim setempat dalam usaha memperkasakan keselamatan perairan negara.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus bin Saniman dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Bahagian Pengeluaran Minyak PETRONAS Carigali, Encik Bobby anak Ranggau, selaku tetamu kehormat.
Dalam ucapannya, Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, program ini merupakan platform penting yang membuktikan hubungan erat yang sentiasa terjalin di antara komuniti maritim dan Agensi.
“Diharapkan program ini menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif kolaboratif yang mengukuhkan hubungan Maritim Malaysia dengan komuniti setempat serta sektor industry,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama semua pihak termasuk komuniti adalah penting dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan kelestarian perairan negara terpelihara demi generasi akan datang.
Antara pengisian utama program ialah taklimat keselamatan Preventive SAR, reruai pameran keselamatan oleh Maritim Malaysia, gotong-royong membersihkan padang bola dan dewan serbaguna serta kerja pembaikan di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu. Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Aktiviti kemasyarakatan turut diserikan dengan pelbagai pertandingan sukan dan riadah seperti futsal, gusti lengan dan tarik tali bagi peserta dewasa, serta sukaneka untuk kanak-kanak dan acara khusus wanita seperti pertandingan gubahan sirih junjung dan memasak.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan Maritim Malaysia bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap keselamatan maritim selain mengeratkan hubungan harmoni antara agensi kerajaan, syarikat industri dan masyarakat setempat.
Kejayaan penganjuran program ini membuktikan iltizam Maritim Malaysia dalam memperkukuh jalinan strategik bersama rakan industri dan komuniti sebagai benteng utama kepada keselamatan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

