KUDAT, 20 JULAI – Seramai 30 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menyertai Program Kem Semangat Kenegaraan anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi Maritim Miri (SUKMAS) yang berlangsung di Tapak Perkhemahan Polumpong Melangkap, Kudat, Sabah pada 17 hingga 20 Julai.
Program yang diketuai oleh Pengerusi SUKMAS Miri, Leftenan Komander Maritim Mohammad Hafeiz bin Hussein ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga Agensi, di samping memperluaskan pengetahuan dan penghayatan terhadap budaya tempatan.
Antara pengisian utama ialah lawatan ke Rumah Panjang Bavanggazo yang dihuni komuniti etnik Kadazan-Dusun, serta kunjungan hormat ke atas Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah bin Omar.
Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Maritim Malaysia, malah menjadi platform untuk mendekatkan Agensi dengan komuniti maritim setempat mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia.
Sebagai tanda penghargaan, cenderahati disampaikan kepada Ketua Kampung Rumah Panjang Bavanggazo Rungus serta Pengarah Zon Maritim Kudat atas kerjasama dan layanan mesra sepanjang program ini berlangsung.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

