window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); 46 KRU PERTAMA KAPAL EX-USCG STEADFAST BERANGKAT KE BALTIMORE HARI INI
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

46 KRU PERTAMA KAPAL EX-USCG STEADFAST BERANGKAT KE BALTIMORE HARI INI

SEPANG, 18 JULAI – Seramai 46 kru pertama Kapal EX-USCG Cutter Steadfast akan berlepas ke Baltimore, Amerika Syarikat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) bagi melaksanakan misi membawa pulang aset berkenaan ke Malaysia, pukul 6.00 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerimaan dan Penempatan Kapal, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah menyifatkan misi ini sebagai satu tanggungjawab besar.

“Tuan-tuan mewakili bukan sahaja Maritim Malaysia, tetapi juga nama baik negara di peringkat antarabangsa. Justeru tunjukkan profesionalisme dan etika kerja yang tinggi ketika berada di sana,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Pelepasan Kru EX-USCG Cutter Steadfast di sini hari ini.

Pada ucapan ringkas, Shahref Steve turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen tinggi ditunjukkan kru, serta berharap agar kesemua mereka pulang dengan kejayaan yang membanggakan negara.

Misi ini dianggap sebagai titik tolak baharu kepada pengukuhan keselamatan maritim negara apabila kapal EX-USCG Cutter Steadfast bakal menjadi antara ‘tulang belakang’ dalam memelihara keselamatan perairan negara.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa dan harapan agar kru berkenaan sentiasa dilindungi serta diberi kekuatan sepanjang menjalani latihan dan pelayaran membawa pulang kapal berkenaan ke Malaysia.

“Berangkatlah dengan penuh tekad dan keazaman. Pulanglah dengan kejayaan dan kebanggaan,” tambah beliau.

Misi ini bukan sahaja membawa harapan besar kepada Maritim Malaysia, malah menjadi lambang komitmen negara dalam memperkukuh penguatkuasaan maritim di negara ini.

 

BERANGKAT US2
 
BERANGKAT US3
 
BERANGKAT US4
 
BERANGKAT US5

 

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC