PASIR PUTEH, 18 JULAI – Maritim Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis perhimpunan bulanan, sesi serah terima tugas dan program penerapan nilai murni bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Negeri dekat sini, semalam.
Perhimpunan pada kali ini turut menyaksikan pemeriksaan Pakaian istiadat No 1 yang dilakukan oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan,Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi yang bertujuan memastikan profesionalisme, rupacara dan disipllin dalam perkhidmatan sentiasa terjaga dan berada di tahap yang tertinggi.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kesemua warga supaya sentiasa melaksanakan tugas dengan cemerlang beserta kepatuhan berkenaan arahan merujuk kepada teras taat setia yang merupakan antara 7 teras strategik yang telah digariskan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Haji Rosli bin Abdullah.
Selesai perhimpunan, program diteruskan dengan majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah Sekyen Logistik Maritim Negeri diantara Leftenan Komander Maritim Rahim bin Razali kepada penggantinya Leftenan Komander Maritim Mohd Fauzi bin Ab Rahman.
Pengarah Maritim Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai yang akan bertukar keluar atas sumbangan dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang memegang jawatan berkenaan. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran pegawai baharu dan menyeru agar semangat kerja berpasukan terus diperkukuh demi memastikan kesiapsiagaan logistik Maritim Malaysia terus berada di tahap tertinggi.
Pada hari yang sama, berlangsungnya program penerapan nilai-nilai murni iaitu ceramah khas bertajuk 'Bayar zakat, harta berkat' yang telah disampaikan oleh wakil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tuan Haji Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Unit Baitulmal MAIK.
Antara intipati yang disentuh beliau adalah berkaitan zakat pendapatan, zakat simpanan, kaedah pengiraan zakat semasa, dan saluran rasmi pembayaran zakat melalui MAIK.
“Zakat bukan sekadar kewajipan agama, tetapi juga satu bentuk tanggungjawab sosial yang memberi impak besar kepada kesejahteraan masyarakat. Ia adalah hak asnaf dalam harta kita yang perlu disalurkan dengan penuh amanah," ujarnya.
Program pada hari ini berakhir dengan jayanya dan secara tidak langsung, sikap positif yang telah ditunjukkan oleh warga Maritim Negeri dalam setiap program yang dilaksanakan menunjukkan kesemuanya komited dalam memperkasakan pembangunan rohani dan nilai etika kerja dalam kalangan warga organisasi, selaras dengan prinsip Ihsan yang menjadi teras MADANI.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

