KUANTAN, 18 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan sesi libat urus yang merangkumi dialog terbuka bersama warga kerja sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Maritim Negeri Pahang, semalam.
Kehadiran beliau di Auditorium Datuk Ibrahim bin Mohamed bukan sahaja membawa simbolik kepimpinan dekat di hati pegawai dan anggota bawahan, malah memperkukuh jalinan kerjasama antara pengurusan tertinggi dan pentadbiran negeri.
Lawatan itu turut mencatatkan sejarah sebagai kali pertama sejak pelantikan Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang, sekali gus menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga kerja agensi.
Acara dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat Alpha, diikuti sesi bergambar bersama pegawai kanan dan menandatangani buku pelawat oleh Ketua Pengarah.
Dalam amanatnya, Datuk Haji Mohd Rosli menegaskan bahawa aspek jati diri, kerja berpasukan, profesionalisme dan integriti merupakan tunjang kekuatan Maritim Malaysia dalam mendepani cabaran keselamatan maritim negara.
Beliau turut menekankan tujuh teras utama tadbir urus agensi yang menjadi kompas kepada seluruh warga kerja, iaitu Kepimpinan Proaktif dan Inklusif, Taat Setia, Pembangunan Modal Insan dan Organisasi, Pengukuhan Tatakelola, Kesiapsiagaan Aset, Penggunaan Teknologi Terkini serta Pengukuhan Jalinan Kerjasama strategik.
“Lawatan ini bukan sekadar simbolik pentadbiran, tetapi ruang strategik untuk menyelaras pelaksanaan tugas dan memperkasa penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berintegriti,” ujar beliau.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, pegawai memerintah kapal, pegawai kanan serta warga Maritim Negeri Pahang yang dilihat bersemangat dan berinspirasi hasil sesi libat urus tersebut.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

