KUCHING, 17 JULAI – Maritim Negeri Sarawak telah melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Siri 1/2025 semalam. UMKSK bukan sahaja menguji kecekapan teknikal, tetapi turut mencerminkan kesungguhan Maritim Malaysia dalam memastikan pegawai dan anggotanya sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.
Seramai 55 anggota daripada pelbagai unit dan aset operasi telah menyertai latihan ini yang dikendalikan secara intensif dan terkawal.
Seawal jam 8.00 pagi, kawasan latihan mula dipenuhi barisan anggota bersedia menjalani ujian yang menggunakan senjata seperti Pistol Glock 19, CZ P-07, CZ 75, HK UMP dan Scorpion Evo 3A.
Aspek kawalan keselamatan turut diperkukuh bagi memastikan setiap pergerakan senjata dan anggota berada dalam parameter SOP yang ketat.
Lebih daripada sekadar latihan tahunan, UKMSK memberi ruang kepada anggota untuk menyesuaikan diri dengan teknik menembak terkini dalam pelbagai posisi seperti berdiri, berlutut dan meniarap termasuk tembakan reaksi pantas dalam senario simulasi lapangan.
Pendekatan tahun ini turut menekankan aspek penambahbaikan prosedur pelaksanaan dan pemantauan prestasi, menjadikan UKMSK sebagai satu medan pembangunan kompetensi yang benar-benar berfokus dan berimpak tinggi.
Latihan seperti ini bukan sahaja mengukur kecekapan individu, tetapi juga memperkukuh kerjasama taktikal antara pasukan. Ia mencerminkan tahap profesionalisme pasukan operasi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

