KUANTAN, 16 JULAI – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam, menjadi lokasi penganjuran lawatan kerja strategik oleh delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN), melibatkan 30 pegawai kanan yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, pengurus-pengurus ICT serta wakil bahagian-bahagian berkaitan.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh sinergi dua hala dalam bidang pengurusan teknologi keselamatan digital dan pengoperasian Sistem Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.
Ia juga memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai fungsi, tanggungjawab serta peranan Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) di bawah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, khususnya dalam pelaksanaan Projek Perkhidmatan Sewaan Sistem Cospas-Sarsat.
Delegasi KDN terdiri daripada pegawai Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat KDN, pengurus-pengurus ICT kementerian serta wakil bahagian-bahagian berkaitan.
Antara pengisian utama lawatan ialah taklimat mendalam mengenai Sistem Cospas-Sarsat, iaitu sistem pengesanan kecemasan global yang dioperasikan oleh Maritim Malaysia menerusi MYMCC, khususnya dalam pelaksanaan Projek Perkhidmatan Sewaan Sistem Cospas-Sarsat oleh Maritim Malaysia.
Delegasi turut diberi peluang menyertai Latihan Pengendalian Senjata Api Kecil (Pistol) yang dikendalikan di Lapang Sasar Tertutup AMSAS, memberi mereka pengalaman hands-on yang berkaitan aspek keselamatan anggota penguat kuasa maritim.
Kemuncak lawatan adalah pelayaran bersama KM LANGKAWI bagi memberi pendedahan kepada para delegasi terhadap aspek operasi lapangan, termasuk demonstrasi penggunaan aplikasi Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB) secara langsung di laut.
Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan perkongsian maklumat dan kepakaran teknikal antara KDN dan Maritim Malaysia, malah selaras dengan aspirasi memperkasa sinergi agensi kerajaan dalam memastikan keselamatan perairan negara berada pada tahap tertinggi melalui pendekatan teknologi dan pengurusan digital yang lebih mantap.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

