window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); SECURITY SUMMIT 2025 | MARITIM MALAYSIA TEKAN KESIAPSIAGAAN TANGANI ANCAMAN RENTAS SEMPADAN
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

SECURITY SUMMIT 2025 | MARITIM MALAYSIA TEKAN KESIAPSIAGAAN TANGANI ANCAMAN RENTAS SEMPADAN

BANGI, 14 JULAI – Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah menyertai forum bertajuk “Threats Without Borders” selaku panel utama sempena Security Summit 2025 anjuran PETRONAS di PETRONAS Leadership Centre, Bangi, semalam.

Forum yang dipengerusikan oleh Laksamana Pertama (Bersara) Dr. Shaiful Nizam Abdul Manan dari Group Security PETRONAS turut menampilkan pakar keselamatan maritim dari Maritime Institute of Malaysia (MIMA), Dr. Sumathy Permal.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada pelbagai cabaran keselamatan maritim semasa, termasuk jenayah rentas sempadan, pencerobohan perairan, ancaman terhadap aset strategik negara serta implikasi terhadap kestabilan serantau.

Sebagai salah satu agensi penguat kuasa dan penyelamat maritim negara, Maritim Malaysia menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi cabaran maritim yang kompleks ini dengan menekankan pemantapan keupayaan operasi, pembangunan modal insan serta perolehan aset rondaan berteknologi moden.

Selaras dengan aspirasi MADANI untuk memperkukuh keselamatan negara secara menyeluruh dan inklusif, Maritim Malaysia terus memperluas kerjasama strategik bersama agensi sahabat serta sektor industri dalam dan luar negara bagi membina kesejahteraan dan keselamatan komuniti maritim yang lebih mantap dan responsif.

 

POK WI SUMMIT
 
POK WI SUMMIT3
 
POK WI SUMMIT4
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC