22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

PROGRAM KONSERVASI ‘GHOST NET’ PULIHARA BIODIVERSITI MARIN

MERSING, 11 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah melaksanakan Program Ghost Net bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Johor di perairan Taman Laut Pulau Tinggi, Mersing bermula 9 hingga 11 Julai 2025.

Seramai 24 pegawai dan anggota daripada kedua-dua agensi terlibat dalam program konservasi ini yang dijalankan setiap enam bulan bagi memberi pendedahan teori asas serta memperbaharui pengetahuan kakitangan berkaitan aspek konservasi marin, di samping menguji ketahanan fizikal dan kemahiran menyelam dalam tugasan bawah air.

Sepanjang program ini, peserta didedahkan dengan teknik menyelam yang digunakan dalam aktiviti konservasi oleh DOF serta latihan berkaitan pelaksanaan underwater surveillance mengikut pematuhan Bahagian IX Akta Perikanan 1985.

Selain itu, program turut diserikan dengan aktiviti pelepasan anak penyu ke perairan Pulau Tinggi sebagai simbolik kepada usaha pemuliharaan biodiversiti marin dan kesinambungan spesies yang semakin terancam.

Aktiviti ini dilaksanakan secara bersama antara Maritim Malaysia dan DOF sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam pemeliharaan alam sekitar laut.

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin, usaha bersepadu antara Maritim Malaysia dan DOF memainkan peranan penting dalam memperkukuh aspek operasi dan pemuliharaan laut.

“Melalui kerjasama erat bersama DOF, kita bukan sahaja memperkukuh kesiapsiagaan anggota Maritim Malaysia dalam tugasan mencari dan menyelamat di permukaan dan bawah air, malah membantu memastikan ekosistem marin terus terpelihara daripada ancaman seperti ghost net yang boleh merosakkan terumbu karang,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang gangguan terhadap habitat marin akan memberi kesan jangka panjang terhadap sumber perikanan dan keseimbangan biodiversiti laut khususnya di kawasan Taman Laut yang sensitif.

Kerjasama yang dilaksanakan ini juga bagi menyokong objektif utama program dalam memastikan tiada gangguan terhadap ekosistem marin serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan laut.

Tindakan seperti pengesanan dan penyingkiran ghost net iaitu jaring terbiar yang membelit terumbu karang amat penting dalam usaha mengekalkan habitat semula jadi dan mengelakkan kematian hidupan laut.

Kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan DOF merupakan langkah proaktif demi kelestarian sumber marin dan kesejahteraan komuniti perikanan tempatan, khususnya di sekitar perairan Mersing.

KONSERVASI MERSING
 
KONSERVASI MERSING2
 
KONSERVASI MERSING4

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC