KOTA KINABALU, 11 JULAI – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P Labuan telah menganjurkan Program Hijrah Maritim: 'Hijrah Itu Tak Mudah, Tapi Indah' yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, baru-baru ini.
Program yang dihadiri seramai 50 orang warga Maritim daripada pelbagai bahagian, termasuk pegawai dari kapal dan bot operasi, bertujuan untuk menyemarakkan semangat perubahan ke arah kebaikan, berlandaskan semangat hijrah Rasulullah S.A.W. yang penuh cabaran, keazaman dan keinsafan.
Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah, YBhg. Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad, telah menyampaikan pengisian utama program dengan menyentuh erti hijrah secara holistik, termasuk perjuangan dalaman, cabaran jiwa dan keindahan dalam proses memperbaiki diri.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, menyifatkan program ini sebagai wadah membina jati diri, integriti dan kekuatan spiritual warga Maritim.
“Hijrah bukan sekadar satu peristiwa sejarah. Ia adalah satu proses pembentukan diri yang menuntut keikhlasan, keberanian dan keazaman untuk berubah menjadi lebih baik – dalam kehidupan dan juga dalam perkhidmatan,” katanya.
Program turut dimeriahkan dengan kuiz Maal Hijrah dan cabutan bertuah sebagai simbol semangat ukhuwah, perpaduan dan keceriaan dalam kalangan warga agensi.
Menurut beliau lagi, program seumpama ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh nilai Ihsan, Kemanusiaan dan Kesejahteraan, serta membina budaya kerja yang lebih beretika, seimbang dan berpaksikan nilai murni dalam kalangan penjawat awam.
Maritim Malaysia terus komited bukan sahaja dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan, malah dalam membina warga kerja yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual, demi menjulang kecemerlangan perkhidmatan dan mempertahankan kedaulatan perairan negara.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

