SONGKHLA, 6 JULAI – Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi, telah menghadiri Mesyuarat Combined Maritime Working Group (CMWG) ke-83 antara Malaysia dan Thailand yang berlangsung di Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai, Songkhla, Thailand.
Mesyuarat berlangsung bermula pada 2 hingga 4 Julai 2025 lalu telah dipengerusikan bersama oleh Vice Admiral Narate Wongtrakoon, Panglima Kawasan Laut Ke-2, Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) dan Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar, Panglima Wilayah Laut 3, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
CMWG merupakan platform strategik di bawah Jawatankuasa Sempadan Wilayah (Regional Border Committee - RBC) yang ditubuhkan bagi memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan maritim antara kedua-dua negara. Penganjuran mesyuarat ini memberi peluang kepada agensi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu penting melibatkan keselamatan perairan, termasuk ancaman jenayah rentas sempadan, operasi bersama, pertukaran maklumat dan latihan bilateral.
Maritim Malaysia, selaku agensi penguatkuasaan utama di perairan negara, terus memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan Malaysia terpelihara melalui kolaborasi erat dengan agensi penguatkuasa maritim Thailand.
Kemuncak mesyuarat menyaksikan majlis menandatangani Minit Mesyuarat CMWG ke-83 serta pertukaran momento rasmi antara kedua-dua pengerusi bersama sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan dua hala dan usaha ke arah keselamatan maritim yang mampan di rantau ini.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

