KOTA BELUD, 6 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah turut hadir memeriahkan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI KDN yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, bertempat di Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah, semalam.
Kehadiran beliau mewakili sokongan penuh Maritim Malaysia terhadap usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) merealisasikan agenda Reformasi MADANI khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan dan keselamatan rakyat di peringkat akar umbi, termasuk komuniti luar bandar dan maritim.
Program yang dijalankan di kampung kelahiran Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, menyaksikan pelbagai inisiatif disampaikan secara langsung kepada masyarakat setempat.
Ini termasuk pelancaran Pusat Khidmat Komuniti RELA dan Pondok Sistem Rondaan Sukarela (SRS), penyerahan dokumen pengenalan diri, sumbangan zakat, kelulusan e-Kasih, penyampaian van serta kit pengurusan jenazah, dan sumbangan kepada pelajar sekolah.
Maritim Malaysia selaku agensi di bawah KDN turut berkongsi aspirasi MADANI dalam membangunkan komuniti yang selamat, berdaya tahan dan inklusif. Dalam sesi gotong-royong, lawatan ke projek kampung serta aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan.
Terdahulu, Datuk Rosli sempat meluangkan masa bersama penduduk dan menyantuni masyarakat setempat sebagai suatu pendekatan kepimpinan berteraskan nilai Ihsan dan Keyakinan yang menjadi teras MADANI.
“Maritim Malaysia sentiasa bersedia memainkan peranan lebih besar dalam mendekati komuniti, bukan sahaja dalam konteks keselamatan perairan, malah turut serta dalam menjayakan agenda sosial dan kemasyarakatan negara melalui pendekatan rentas agensi,” jelas beliau.
Penglibatan aktif Ketua Pengarah Maritim Malaysia sekaligus mencerminkan keterbukaan dan komitmen tinggi barisan kepimpinan tertinggi agensi dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kerajaan dan rakyat selaras dengan hasrat menjadikan Keselamatan Tanggungjawab Bersama sebagai realiti di semua peringkat masyarakat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

