22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU MELALUI PENYERTAAN DI ASEAN COAST GUARD FORUM (ACF) 2025

PATAYA, 27 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus mengukuhkan komitmen terhadap kerjasama keselamatan maritim serantau menerusi penyertaan dalam 4th ASEAN Coast Guard Forum (ACF) 2025 yang telah berlangsung dari 24 hingga 27 Jun 2025 di Pattaya, Thailand.

Forum berprestij peringkat ASEAN ini telah dianjurkan oleh Thailand Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC) dan menghimpunkan wakil-wakil agensi penguatkuasaan maritim daripada kesemua sepuluh (10) Negara Anggota ASEAN (AMS). Forum ini telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada 25 Jun 2025.

Maritim Malaysia diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim. Penyertaan ini adalah kesinambungan kepada usaha memperkukuh peranan Malaysia dalam kerangka kerjasama keselamatan maritim di rantau ini.

ASEAN Coast Guard Forum merupakan satu inisiatif penting yang mula dicadangkan dalam Mesyuarat ASEAN Maritime Forum (AMF) ke-5 pada tahun 2014 di Da Nang, Vietnam. Forum ini diwujudkan bagi menyediakan platform tetap kepada agensi penguatkuasaan maritim di rantau ASEAN untuk bertukar pandangan di dalam isu keselamatan maritim,menyelaraskan usaha menangani jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pencerobohan perairan, membincangkan pelan tindakan bagi menghadapi ancaman bukan tradisional (non-traditional threats) termasuk perubahan iklim dan pencemaran marin.

Penglibatan aktif Maritim Malaysia dalam ACF 2025 mencerminkan komitmen jitu Kerajaan Malaysia MADANI dalam memainkan peranan proaktif memperkukuh kerjasama dan keselamatan maritim di rantau ini.

Maritim Malaysia kekal komited untuk terus memperkukuh sinergi dan kerjasama dengan agensi rakan strategik di ASEAN bagi memastikan perairan serantau kekal aman, selamat dan stabil.

ACF20257
 
ACF20254
 
ACF20253
 
ACF20255

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC