08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

IBADAH KORBAN ERAT SILAHTURAHIM MARITIM DAN PENDUDUK

LAHAD DATU, 12 JUN – “Selain tuntutan agama, inilah peluang kami dekati rakyat.” Demikian kata Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali selepas selesai program ibadah korban anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu di Kampung Burung, Selasa lalu.

Dalam program sempena Aidiladha itu, seekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kota Kinabalu Sabah dan diagihkan kepada penduduk kampung serta golongan asnaf sekitar.

Menurut Dzulfikhar, aktiviti kemasyarakatan sebegini bukan hanya memenuhi tuntutan ibadah, malah menjadi platform untuk membina kepercayaan dan hubungan erat antara pasukan Maritim dan komuniti maritim.

“Selain melaksanakan ibadah korban, kami ingin tunjukkan kepada masyarakat, Maritim Malaysia bukan sahaja menjaga keselamatan di laut, tetapi juga prihatin terhadap kesejahteraan komuniti yang tinggal di pesisir dan kawasan operasi kami,” jelas beliau.

Program yang turut disertai pegawai dan anggota Maritim serta wakil dari YaPEIM dalam sama-sama mewujudkan suasana harmoni dan gotong-royong, memperlihatkan semangat kerjasama antara agensi dan penduduk setempat.

Turut hadir sama wakil daripada Unit Sumber Dana YAPEIM Sabah, Encik Mohd Khairi bin Ismail, Penyelaras Komuniti YAPEIM Sabah, Puan Nurfatiha Saheera Mohd Jamidi dan wakil daripada ARYA Mobile, Encik Abdul Azim Abdullah.

Bagi penduduk Kampung Burung, kehadiran agensi penguat kuasa ke kawasan mereka bukan sahaja memberi bantuan fizikal, malah menyuntik semangat komuniti untuk terus bersama dalam usaha menjaga keselamatan dan keharmonian kawasan.

Program ini juga menjadi sebahagian daripada pendekatan berterusan Maritim Malaysia dalam menjalin hubungan strategik dengan masyarakat tempatan, selain mengukuhkan kehadiran mereka di kawasan berisiko.

 

LAHAD DATU KORBAN
 
LAHAD DATU KORBAN6
 
LAHAD DATU KORBAN2
 
LAHAD DATU KORBAN4

 

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC