08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

SEMANGAT KORBAN PERKUKUH UKHWAH WARGA MARITIM JOHOR

GELANG PATAH, 11 JUN – Dalam kehangatan sambutan Aidiladha yang penuh makna, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor meneruskan tradisi ibadah korban dengan menganjurkan Program Ibadah Korban 1446H bertempat di Jeti Sungai Pulai, Gelang Patah semalam.

Program yang berlangsung dalam suasana harmoni dan kesyukuran itu menyaksikan dua ekor lembu dikorbankan, sebagai simbol penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keinsafan dan kasih sayang sesama insan yang menjadi inti pati Aidiladha.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil berkata, program ini bukan sahaja melaksanakan tuntutan agama, malah menjadi medan menyatukan hati warga agensi melalui semangat kekeluargaan dan ukhuwah yang kian erat.

“Majlis ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu usaha mengukuhkan silaturahim dalam kalangan warga kerja. Ia mencerminkan rasa syukur dan semangat kebersamaan yang menjadi teras kepada kekuatan organisasi,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan, ibadah korban seharusnya dilihat lebih luas daripada sekadar penyembelihan haiwan. Ia adalah cerminan nilai murni dalam perkhidmatan awam, di mana pengorbanan masa, tenaga dan kepentingan peribadi demi rakyat menjadi nadi kepada tanggungjawab sebenar penjawat awam.

“Nilai pengorbanan ini perlu diterapkan bukan hanya ketika perayaan, tetapi dalam setiap aspek tugas kita. Inilah roh sebenar dalam membentuk integriti dan semangat berkhidmat yang tulus,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Maritim Malaysia Negeri Johor kekal komited melaksanakan lebih banyak program berbentuk kerohanian dan kebajikan bagi memperkukuh sahsiah, ketahanan mental serta kesejahteraan rohani dalam kalangan anggota.

Program seumpama ini membuktikan bahawa pengorbanan bukan sekadar ibadah, tetapi juga wadah membina kekuatan organisasi, merapatkan saf pasukan dan mengangkat nilai kemanusiaan dalam perkhidmatan kepada rakyat.

 

MNJ KORBAN
 
MNJ KORBAN4
 
MNJ KORBAN2
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC