TANJUNG SEDILI, 11 JUN – Semangat Aidiladha dimanfaatkan sepenuhnya oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili dengan menganjurkan program ibadah korban bersama komuniti setempat di sini semalam.
Program yang berlangsung di perkarangan Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili itu menyaksikan penyembelihan enam ekor lembu hasil sumbangan dan kerjasama pelbagai pihak, termasuk penduduk setempat, agensi kerajaan dan para sukarelawan.
Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohammad Othman, penganjuran ibadah korban ini bukan sahaja menyemarakkan semangat keagamaan dalam kalangan warga agensi, malah memperkukuh jalinan ukhuwah bersama masyarakat.
“Ibadah korban ini melambangkan keprihatinan dan semangat pengorbanan, serta mengangkat nilai kebersamaan yang menjadi teras dalam menyambut Aidiladha.
“Ia juga menjadi platform penting bagi mendekati masyarakat sambil menyampaikan mesej tentang peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan dan kebajikan negara,” katanya.
Tambah beliau, suasana penuh harmoni yang terpancar sepanjang program jelas membuktikan wujudnya hubungan erat dan kepercayaan yang kukuh antara Maritim Malaysia dan komuniti setempat.
Program tersebut turut diserikan dengan aktiviti gotong-royong penyediaan dan agihan daging korban, yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh para penduduk.
Sambutan Aidiladha kali ini membawa penghayatan mendalam tentang erti keikhlasan, perpaduan dan semangat pengorbanan.
Maritim Malaysia terus komited untuk menzahirkan nilai-nilai tersebut melalui pelbagai pendekatan yang mendekatkan agensi dengan rakyat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

