DENGKIL, 10 JUN – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, hari ini menghadiri Program Ibadah Korban MADANI anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berlangsung di perkarangan Masjid IL-ILMI, Kampung Dato' Ahmad Razali.
Program yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, serta Ketua Pengarah RELA Malaysia, YBhg. KPjR Lokman Effendi Ramli.
Kehadiran para pemimpin kanan daripada agensi keselamatan utama negara menyerlahkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan antara agensi serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menyantuni masyarakat menerusi penghayatan ibadah korban.
Menurut Datuk Saiful Lizan, nilai-nilai murni seperti semangat berkorban, tolong-menolong dan kebersamaan seperti yang diterapkan dalam program seumpama ini merupakan asas penting dalam memperkukuh jati diri anggota penguat kuasa serta mempererat hubungan antara agensi keselamatan dan rakyat.
“Saya amat menghargai inisiatif RELA Malaysia menganjurkan program seperti ini yang bukan sahaja membawa keberkatan kepada masyarakat setempat, malah memperkukuhkan jaringan sinergi antara Maritim Malaysia, RELA dan agensi-agensi di bawah KDN,” katanya.
Program turut diserikan dengan aktiviti gotong-royong penyediaan daging korban, jamuan makan tengah hari serta sesi ramah mesra bersama penduduk setempat dan warga RELA.
Inisiatif seumpama ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuhkan kesejahteraan sosial dan perpaduan nasional menerusi pendekatan inklusif serta kolaboratif antara agensi kerajaan dan masyarakat.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

