window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); HKKM | MARITIM SABAH PERKASA ILMU LAUT DI JETI JESSELTON POINT
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

HKKM | MARITIM SABAH PERKASA ILMU LAUT DI JETI JESSELTON POINT

KOTA KINABALU, 9 JUN – Keselamatan pelancong di laut jadi keutamaan, itulah mesej utama yang dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menerusi penganjuran Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025 yang berlangsung di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu, pada Jumaat lalu.

Program yang dikendalikan oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu, diketuai oleh Leftenan Maritim Mohamad Pairul bin Mohd Bacuk, melibatkan 15 pegawai dan anggota MRSC serta kru Bot SAR KILAT 39.

Menurutnya, program ini adalah sempena sambutan HKKM yang diraikan pada setiap 6 Jun, sebagai memperingati tarikh bersejarah pemindahan tanggungjawab Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) maritim dari Jabatan Laut Malaysia kepada Maritim Malaysia pada tahun 2006.

“Keselamatan pelancong di laut amat kritikal, oleh itu melalui program ini, kita berusaha memastikan semua pihak melibatkan pengendali bot, ejen pelancongan dan pengunjung agar memahami kepentingan keselamatan sebelum memulakan pelayaran,” ujar Mohamad Pairul.

Program ini turut merangkumi sesi taklimat keselamatan kepada pengusaha bot dan ejen pelancongan sebagai pendekatan secara bersemuka dalam menyebarluaskan mesej secara berkesan kepada komuniti maritim.

Bagi Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz, yang menanggung tugas Timbalan Pengarah Operasi Negeri Sabah dan W.P. Labuan berkata, pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program ini berlangsung antaranya, demonstrasi penggunaan peralatan keselamatan merangkumi life buoy (pelampung), jaket keselamatan, Personal Locator Beacon (PLB).

"Pendekatan turun padang seperti ini bukan sahaja lebih efektif dalam menyampaikan maklumat malah secara tidak langsung merapatkan hubungan di antara Agensi dan masyarakat, selain itu turut diadakan ialah pemeriksaan bot pelancong, hebahan talian kecemasan 999, penampalan risalah keselamatan dan perkongsian maklumat berkaitan," ujarnya.

Jeti Jesselton Point dipilih sebagai lokasi strategik penganjuran HKKM kali ini kerana ia merupakan hab pelancongan maritim paling sibuk di Sabah.

Untuk rekod, sebanyak 1,000 pelancong tempatan dan antarabangsa menggunakan jeti itu setiap hari untuk ke pulau-pulau peranginan di negeri itu seperti Manukan, Sapi, Mamutik dan Gaya, selain menjadi perhentian utama feri ke Labuan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, lebih 350 peserta hadir ke program ini, menjadikannya salah satu di antara edisi HKKM paling menyeluruh dan berimpak tinggi setakat ini di Sabah.

“Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat respons amat baik. Ia jelas menunjukkan bahawa pendekatan sebegini amat penting dan perlu diteruskan demi memastikan keselamatan maritim sentiasa menjadi budaya, bukan sekadar kempen,” tegas beliau.

Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua anggota dan pegawai termasuk komuniti maritim serta masyarakat yang memberikan sambutan positif bagi menjayakan HKKM peringkat negeri Sabah pada tahun ini.

HKKM SABAH3
 
HKKM SABAH6
 
HKKM SABAH2
 
HKKM SABAH

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC