08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

ZON MARITIM TANJUNG SEDILI PERKASA SOP PENGGELEDAHAN DEMI TINGKAT PROFESIONALISME

TANJUNG SEDILI, 30 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili terus komited mempertingkatkan kecekapan operasi menerusi penganjuran Kursus Pengukuhan Tatacara Penggeledahan sebagai inisiatif strategik dalam memperkukuh kemahiran dan pematuhan prosedur operasi dalam kalangan pegawai penguat kuasa.

Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula semalamdan hari ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman dan pelaksanaan tatacara penggeledahan selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) serta arahan tetap Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohammad bin Othman berkata, inisiatif ini selaras dengan komitmen agensi untuk mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan pegawai dan anggota serta dengan adanya latihan seperti ini dapat memastikan bahawa setiap tindakan di lapangan dilaksanakan berlandaskan undang-undang sedia ada.

Kursus yang dikendalikan oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Khairulanwar bin Hamzah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maritim Malaysia untuk memperkasakan kemahiran pegawai penguat kuasa, malah secara tidak langsung mempertingkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan dalam memelihara keselamatan perairan negara.

Kursus ini juga membuktikan komitmen Maritim Malaysia untuk terus memacukearah kecemerlangan perkhidmatan melalui pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, sejajar dengan aspirasi teras ketiga di dalam Teras Tujuh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah iaitu pembangunan modal insan dan organisasi.

Beliau turut menjelaskan bahawa usaha sebegini mampu mengukuhkan integriti serta keyakinan awam terhadap Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara. Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta dan sesi bergambar.

 

GELEDAH SEDILI
 
GELEDAH SEDILI2
 
GELEDAH SEDILI4
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC