PUTRAJAYA, 29 MEI – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Maritim Malaysia telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Putrajaya, pagi tadi.
Dalam majlis itu, seorang Laksamana Pertama Maritim dan empat Kepten Maritim telah menerima pemangkuan pangkat yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.
Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil APMM, Datin Noriyanti binti Mohd Noor, serta Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Maritim Negeri serta Pengarah AMSAS.
Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat bagi Laksamana Pertama Maritim Gred T14 (Penerbang) ialah Kepten Maritim Mohd Tahir bin Khalid, beliau akan ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU) yang turut dianugerahkan Pingat Laksamana Maritim Malaysia (L.M.M).
Seterusnya, pemakaian pemangkuan pangkat empat pegawai ke Kepten Maritim Gred T13, mendahului ialah Komander Maritim Kamal bin Mohamad, beliau akan ditempatkan sebagai Ketua Kluster Pengajian dan Pembangunan Operasi Maritim, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).
Penerima pemangkuan pangkat seterusnya ialah Komander Maritim Mohamad Zaidi bin Mohamed Hariri, beliau akan ditempatkan sebagai Ketua Cawangan Kejuruteraan Marin, Bahagian Kejuruteraan.
Kemudian diikuti oleh Komander Maritim Aizad bin Zainudin, beliau akan ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Keselamatan dan Persempadanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim.
Bagi penerima pemangkuan pangkat yang terakhir ialah Komander Maritim Ariffin bin Ghazali, beliau ditempatkan sebagai Pengarah Zon Maritim Tawau.
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Maritim Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima pemangkuan pangkat Pegawai Kanan Maritim Malaysia yang diraikan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

