KOTA KINABALU, 26 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh jalinan strategik bersama komuniti tempatan menerusi penglibatan aktif dalam program Sukan Rakyat Jelajah Wira MADANI sempena sambutan Pesta Kaamatan 2025 yang berlangsung di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Sabtu lalu.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih bin Haji Daya, turut dihadiri Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, yang mewakili Maritim Malaysia.
Kehadiran Maritim Malaysia dalam program ini mencerminkan komitmen agensi itu untuk mendekati rakyat secara langsung bukan hanya dari aspek penguatkuasaan, tetapi juga melalui pendekatan berteraskan nilai mesra rakyat, inklusif dan MADANI.
“Penyertaan Maritim Malaysia dalam program seperti ini membuka ruang interaksi dua hala yang santai tetapi bermakna bersama rakyat, terutamanya di Sabah yang kaya dengan warisan budaya maritim dan memiliki garis pantai yang luas,” kata Mohd Khairulanuar.
Antara acara yang mencuri tumpuan ialah pertandingan sukan rakyat tradisional seperti rampanau, tarik tali, gusti lengan dan lastik tradisi, yang bukan sahaja menceriakan suasana tetapi turut mengangkat nilai warisan dan memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan dan komuniti setempat.
Dalam pada itu, Datuk Jasnih dalam ucapannya memuji komitmen Maritim Malaysia serta agensi keselamatan lain yang sentiasa mendampingi rakyat menerusi pelbagai pendekatan berimpak tinggi.
“Pesta Kaamatan bukan sekadar meraikan hasil tuaian, tetapi turut membawa makna mendalam dalam konteks spiritual dan budaya yang memperkukuh semangat kesederhanaan, perpaduan dan penghargaan terhadap alam semula jadi,” katanya.
Program diakhiri dengan jamuan minum petang dan sesi bergambar bersama semua wakil agensi yang terlibat, sebagai simbol kerjasama erat dalam semangat Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, keselamatan negara dan pengukuhan nilai kemasyarakatan.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

