08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

LIMA’25 | KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA RAI MAJLIS PENUTUP

LANGKAWI, 24 MEI – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang merupakan antara acara pertahanan dan industri aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutup yang diraikan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir meraikan majlis penutup rasmi LIMA'25.

Majlis penutup rasmi telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin sekali gus menandakan kejayaan luar biasa LIMA’25 yang berlangsung selama lima hari dan menghimpunkan para pemain utama industri pertahanan, maritim, aeroangkasa serta teknologi canggih dari seluruh dunia.

Menurut Datuk Haji Mohd Rosli, penyertaan Maritim Malaysia dalam LIMA’25 bukan sekadar simbol kehadiran tetapi bukti komitmen berterusan agensi dalam memastikan keselamatan perairan negara selain memperkukuh kerjasama antarabangsa dan menampilkan teknologi penguatkuasaan maritim yang terkini.

LIMA’25 menyaksikan pertunjukan udara dan laut yang menakjubkan, pameran teknologi terkini dalam bidang pertahanan serta sesi libat urus strategik antara agensi keselamatan dan industri global. Maritim Malaysia turut mempamerkan aset-aset utama termasuk kapal peronda generasi baharu serta demonstrasi operasi penyelamatan dan penguatkuasaan maritim yang mencuri tumpuan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Kejayaan LIMA’25 jelas memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab strategik dalam bidang maritim dan aeroangkasa, selain membuka peluang kerjasama, pelaburan serta pemindahan teknologi yang penting untuk pertahanan dan keselamatan negara.

 

CLOSING LIMA25
 
CLOSING LIMA252
 
CLOSING LIMA253
 
CLOSING LIMA254
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC