LANGKAWI, 23 MEI – Seramai 15 wakil media tempatan hari ini berpeluang menjejakkan kaki ke atas Kapal Maritim (KM) TUN FATIMAH dalam satu program eksklusif Lawatan Media sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25), memberikan mereka pengalaman secara langsung dalam mengetahui keupayaan aset strategik terkini milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Lawatan yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah itu memberi gambaran jelas tentang peranan penting KM TUN FATIMAH sebagai benteng hadapan keselamatan perairan negara.
“KM TUN FATIMAH bukan sahaja sebuah kapal peronda luar pesisir biasa. Ia merupakan simbol kesiapsiagaan dan keselamatan negara.
“Dengan keupayaan operasi sehingga 21 hari tanpa perlu kembali ke pelabuhan, kapal ini mampu mengawal Zon Maritim Malaysia khususnya di Laut China Selatan secara berterusan,” kata Mohd Zawawi.
KM TUN FATIMAH yang mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024, berukuran 83 meter panjang dan dilengkapi dengan pelantar helikopter, sistem radar berteknologi tinggi serta peralatan pemantauan maritim moden, menjadikannya aset strategik dalam operasi penguatkuasaan undang-undang, pengawasan sempadan serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).
Tahun pertamanya mencatatkan prestasi cemerlang dengan 14 kes tangkapan melibatkan vesel dari Vietnam, Indonesia serta dua kes berkaitan Maritime Security Offences (MSO).
“Sehingga April 2025, kapal ini telah melakukan 124 pemeriksaan dan 38 penggeledahan, membuktikan peranannya sebagai salah satu aset Maritim Malaysia yang penting dalam menjalankan rondaan dan pengawasan di perairan negara,” tambah beliau.
Sepanjang pengoperasiannya, KM TUN FATIMAH telah menyertai pelbagai eksesais berskala besar termasuk Eksesais Maritim Perkasa 6/2024 Barat, Eksesais EMPURA dan OP KHAS PAGAR LAUT, menjadikan aset ini semakin matang dalam menghadapi pelbagai cabaran maritim.
“Setiap kejayaan operasi ini adalah hasil dedikasi tinggi anggota yang berkhidmat. Maritim Malaysia akan terus memperkasa keupayaan dan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman maritim masa hadapan,” tegas Mohd Zawawi.
Program lawatan ini telah menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan media dalam menyampaikan mesej keselamatan negara kepada rakyat secara telus dan berimpak positif.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

