LANGKAWI, 22 MEI – Aksi berani dan keupayaan taktikal luar biasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencuri tumpuan tetamu Diraja dan antarabangsa ketika menyaksikan demonstrasi penuh dramatik dalam Segmen Maritim yang disajikan Agensi ini sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 di Resort World Langkawi (RWL), hari ini.
Persembahan yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib serta isteri, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah, ternyata berjaya menarik perhatian sekaligus menyerlahkan pengiktirafan tertinggi tetamu kehormat terhadap kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.
Demonstrasi eksklusif ini telah memperlihatkan kebolehan aset laut milik Maritim Malaysia seperti Bot BENTENG, Bot PERKASA serta aset udara Helikopter AW139 dalam melaksanakan operasi berisiko tinggi termasuk pemintasan kapal, pengepungan taktikal serta misi penyelamatan yang kompleks.
Pada sesi yang sama, para penonton turut disajikan dengan persembahan penuh debaran yang dipersembahkan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia yang mencerminkan tahap kecekapan dan profesionalisme anggota penguat kuasa Agensi ini.
Turut hadir ke acara yang sama, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menyifatkan kehadiran pemimpin tertinggi negara dan delegasi luar sebagai satu penghormatan besar serta tanda kepercayaan terhadap Agensi ini.
“Kehadiran mereka bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Maritim Malaysia, malah menunjukkan keyakinan terhadap peranan penting kami sebagai perisai maritim negara,” katanya.
Dalam pada itu, usaha memperkukuh jaringan diplomasi keselamatan turut dipergiat apabila Maritim Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada beberapa delegasi kanan antarabangsa bermula semalam.
Antara sesi pertemuan yang telah diadakan adalah Kunjungan Hormat daripada Commander Maritime Border Command, Australian Border Force (ABF), Laksamana Muda Brett Sonter, Timbalan Komandan Turkish Coast Guard (TCG), Laksamana Muda (UH) Cengiz Unver, serta Pengarah Kerjasama, Badan Keamanan Laut Indonesia (BAKAMLA), Laksamana Pertama Askari.
“Kunjungan tersebut membuka ruang perbincangan strategik melibatkan kerjasama rentas sempadan, terutama dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim serantau yang semakin mencabar,” ujar beliau.
Melalui pertemuan ini, LIMA 2025 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai pentas utama mempamerkan kekuatan pertahanan negara serta memperkukuh jaringan keselamatan maritim bersama rakan serantau dan antarabangsa.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

