KOTA KINABALU, 25 APRIL – Kapal Maritim (KM) BANGGI dan KM IKHLAS kini memasuki fasa penilaian kecekapan operasi menerusi Penentuan Tahap Kecekapan Kapal (PTKK), yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan dan Operasi (CLO), Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) bermula dari 22 April dan akan berakhir pada 26 April.
Fasa Pelabuhan yang bermula di Jeti Kinabalu North Shipyard & Maritime Sdn Bhd (KNSM) pada Rabu lalu dimulakan dengan sesi taklimat dan pemeriksaan dokumen serta peralatan utama kedua-dua kapal oleh Ketua Tim CLO, Kepten Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad.
Penilaian diteruskan dengan persediaan untuk Fasa Laut yang merangkumi aspek taktikal penting seperti pengendalian kelasi, navigasi, komunikasi dan penggeledahan, termasuk elemen penilaian MKMA.
Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada latihan persediaan evolusi Deck Landing Training (DLT), kerjasama strategik turut dijalin bersama Skuadron 503 Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Seramai sembilan anggota teknikal dari SKN 503 yang berpangkalan di Sepanggar diketuai Leftenan Komander Roni bin Temu telah melaksanakan pemeriksaan keselamatan serta kesiapsiagaan peralatan di KM BANGGI.
Kru kapal turut menjalani dry run di hangar SKN 503, manakala Flight Deck Officer (FDO) bersama anggota KM ARAU turut terlibat dalam penyelarasan lashing party, satu usaha kolaboratif antara dua aset OPV Maritim Malaysia yang memperkukuh keberkesanan latihan DLT sebenar nanti.
Sebagai simbol apresiasi, sesi pertukaran cenderahati berlangsung antara Ketua Tim Penilai dan Komander Udara Stesen Udara Timur, Kepten Mohamad Sham bin Saimon TLDM.
Diharapkan kedua-dua kapal akan menunjukkan prestasi optimum demi memastikan kesiapsiagaan aset maritim negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

