LANGKAWI, 25 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan satu Latihan Penguatkuasaan iaitu Pengukuhan Tatacara Penggeledahan yang dianjurkan oleh Unit Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Kedah Perlis (MNKP) pada 23 dan 24 April lalu.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, latihan ini telah diadakan di Pejabat Operasi MNKP melibatkan seramai 26 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia.
Latihan ini telah dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman iaitu Leftenan Komander Maritim Naziruddin bin Noor Azizuddin, Leftenan Maritim Mohd Mahlil bin Mad Zin dengan bantuan Leftenan Madya Maritim Muhammad Ilyasa bin Shamsudin, Bintara Muda Maritim Mohd Faizarul Akmal bin Othman dan Bintara Muda Maritim Mohd Zulfadhli bin Ismail.
“Tujuan utama latihan ini adalah untuk memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran warga maritim dalam melaksanakan prosedur penggeledahan mengikut tatacara yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan tahap kecekapan operasi di lapangan”, tambahnya.
Sepanjang dua hari latihan, para peserta didedahkan kepada modul teori dan praktikal yang merangkumi aspek perundangan, serta pendekatan taktikal semasa menjalankan operasi di laut. Latihan ini juga memberi penekanan terhadap pematuhan hak asasi individu serta penggunaan kekerasan yang munasabah dan berpatutan.
“Latihan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua anggota kekal bersedia dan berpengetahuan dalam menghadapi sebarang situasi semasa tugas penguatkuasaan” ujarnya.
Maritim Malaysia sentiasa komited dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti anggota demi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

