KUALA TERENGGANU, 25 APRIL – Maritim Malaysia mencatat satu lagi detik penting dalam sejarah pentadbiran apabila hari ini telah berlangsung Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Terengganu di Auditorium Hussain, Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu, pagi tadi.
Majlis menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali kepada pengganti beliau, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang.
Sesi penyerahan berkenaan telah disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim sebagai tetamu rasmi majlis ini.
Dalam sidang media selepas majlis berkenaan, Datuk Saiful Lizan menyatakan penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat cemerlang Khairulanuar sepanjang menjawat jawatan Pengarah Maritim Negeri Terengganu.
Beliau dalam turut menyifatkan Khairulanuar sebagai antara pegawai kanan yang berjaya membentuk hala tuju penguatkuasaan maritim negeri secara strategik dan berkesan.
“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, kita menyaksikan peningkatan yang ketara dalam aspek operasi serta koordinasi antara agensi. Sebanyak 40 tangkapan nelayan asing dengan jumlah tangkapan RM60 juta berjaya dilaksanakan dalam tempoh singkat, selain pelaksanaan pelupusan sembilan vesel asing secara terkawal demi pemuliharaan marin,” ujar beliau.
Beliau turut menambah, selain penguatkuasaan, kejayaan Khairulanuar juga terserlah dalam aspek kesiapsiagaan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) serta peningkatan profesionalisme anggota melalui latihan berterusan.
Mengulas mengenai pelantikan baharu, Datuk Saiful Lizan meletakkan keyakinan penuh terhadap kemampuan Kepten Maritim Hamiludin, yang dijangka akan membawa nafas baharu kepada Maritim Negeri Terengganu dengan pendekatan berteraskan ilmu, strategi dan teknologi.
“Kepten Hamiludin membawa pengalaman besar dari AMSAS yang merupakan pusat latihan utama Maritim Malaysia.
“Saya yakin beliau akan mampu meneruskan legasi kecemerlangan ini serta memperkasa barisan hadapan kita dalam menghadapi cabaran maritim semasa,” katanya lagi.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan dan anggota Maritim Malaysia. Serah tugas ini bukan sahaja mencerminkan kesinambungan kepimpinan, malah menjadi simbol kekuatan organisasi dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

