PUTRAJAYA, 24 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengambil peluang dalam memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung dengan meriah di Perkarangan Kompleks Setia Perkasa, KDN hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir menyerikan sambutan Aidilfitri bersama isteri yang juga Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Maritim Malaysia, Datin Noriyanti binti Mohd Noor.
Sebagai agensi di bawah KDN, Maritim Malaysia bukan sahaja hadir sebagai tetamu tetapi turut menggalas peranan aktif dengan menyediakan minuman menyegarkan kepada para hadirin menerusi gerai mereka yang dihias secara kreatif bagi mencerminkan semangat dan identiti yang unik.
Gerai tersebut menjadi tumpuan ramai dan berjaya menarik perhatian dengan hiasan bertemakan laut serta unsur tradisional yang menyentuh rasa nostalgia Syawal.
Sebagai penghargaan atas usaha tersebut, Maritim Malaysia turut menerima hadiah saguhati daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail di atas penyertaan dalam pertandingan menghias gerai sekaligus membuktikan keterlibatan bukan sekadar simbolik tetapi penuh dedikasi dan semangat.
Majlis bertambah istimewa dengan kehadiran tetamu kehormat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mencuri tumpuan warga KDN dan tetamu dengan gaya mesra rakyat beliau.
Turut hadir memeriahkan suasana ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar bin Nasarah; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain serta barisan ketua agensi dan tetamu kehormat yang lain.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

