11
Jum, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

SMK BATU SAPI TEROKA DUNIA MARITIM DI ZON MARITIM SANDAKAN

SANDAKAN, 23 APRIL – Seramai 85 pelajar Tingkatan Enam dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi bersama 15 guru pengiring telah berpeluang meneroka dunia kerjaya maritim menerusi satu lawatan sambil belajar ke Zon Maritim Sandakan, baru-baru ini.

Lawatan penuh bermakna itu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai fungsi dan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), selain membuka ruang untuk menjadikan kerjaya dalam bidang maritim sebagai pilihan masa depan.

Setibanya di lokasi lawatan, rombongan disambut mesra oleh Leftenan Muda Maritim Siti Hafifah Hana binti Mohd Zafli selaku penyelaras lawatan bersama pegawai serta anggota Zon Maritim Sandakan.

Program lawatan ini telah dimulakan dengan Taklimat Fungsi dan Peranan Maritim Malaysia oleh Laskar Kanan Maritim Ardiansyah bin Johansyah, diikuti Taklimat Kerjaya serta Taklimat Pencegahan dan Misi CARILAMAT yang disampaikan sendiri oleh Leftenan Muda Maritim Siti Hafifah Hana. Tayangan video korporat dan sesi soal jawab turut menghidupkan suasana interaktif sepanjang sesi berlangsung.

Salah seorang guru pengiring menyifatkan sesi taklimat sebagai sangat bermanfaat dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk merancang masa depan dengan lebih jelas.

“Saya menasihatkan pelajar agar terus berusaha dalam pelajaran sekiranya berhasrat menyertai Maritim Malaysia suatu hari nanti,” katanya.

Rombongan turut berpeluang meninjau aset-aset di Jeti Operasi Zon Maritim Sandakan serta menaiki Kapal Maritim (KM) PINTAR, memberikan mereka pengalaman secara langsung suasana bertugas di laut.

“Melihat sendiri disiplin dan kemahiran pegawai serta anggota Maritim membuka mata saya. Lawatan ini menyemarakkan lagi semangat saya untuk ceburi bidang maritim,” luah salah seorang pelajar yang menyertai lawatan ini.

Lawatan berakhir dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar kenangan.

Diharapkan lawatan ini dapat menyemai minat generasi muda terhadap dunia maritim sekaligus memperkenalkan Maritim Malaysia sebagai kerjaya pasukan keselamatan yang menjaga perairan negara.

 

FORM6 SAPI
 
FORM6 SAPI3
 
FORM6 SAPI4
 
FORM6 SAPI2
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC