LANGKAWI, 21 APRIL - Dalam usaha meningkatkan kecekapan menghadapi kecemasan di laut dan di darat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi satu Latihan Pemadaman Kebakaran yang berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat, Langkawi, hari ini.
Seramai 30 pegawai dan anggota Maritim Malaysia terlibat dalam latihan berkenaan yang merangkumi fire drill dan latihan Mengawal Kerosakan Melawan Api (MKMA) yang dianjurkan oleh unit Penguatkuasaan & Eksesais, Seksyen Operasi MNKP, sebagai usaha memperkasakan tahap kesiapsiagaan dan kepakaran mereka dalam mengendalikan insiden kebakaran, khususnya di laut yang penuh risiko.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, latihan ini memberi tumpuan kepada pendedahan sebenar menghadapi kebakaran termasuk penggunaan peralatan pemadaman api, teknik menyelamat serta latihan first aid/ Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).
“Latihan ini membuka ruang untuk peserta mempelajari teknik pengawalan kerosakan serta langkah pemulihan pasca insiden secara profesional, sistematik dan selamat,” kata Romli.
Lebih menarik, para peserta turut menyertai simulasi kebakaran yang realistik, memberikan pengalaman secara langsung dalam pengurusan krisis serta memperkukuh kerjasama antara dua agensi keselamatan utama negara.
Usaha ini juga menjadi platform penting dalam perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara Maritim Malaysia dan JBPM dalam aspek pengurusan risiko, keselamatan kebakaran, dan tindak balas kecemasan.
Maritim Malaysia menyifatkan latihan bersama ini sebagai inisiatif berimpak tinggi dalam memperkukuh jaringan strategik antara agensi serta memastikan kesiapsiagaan anggota sentiasa berada di tahap tertinggi.
Kerjasama seperti ini akan terus digerakkan dari semasa ke semasa demi keselamatan perairan dan rakyat Malaysia.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

