PUTRAJAYA, 18 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 peringkat dalaman Bahagian-bahagian dan Unit di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berlangsung penuh keceriaan dan semangat kekeluargaan hari ini, di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, yang sudi meluangkan masa bersama warga Agensi dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia termasuk Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.
Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang, dianjurkan secara bergilir oleh beberapa bahagian dan unit Ibu Pejabat Maritim Malaysia, iaitu Sektor Pejabat Ketua Pengarah dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Unit Integriti (UI), Bahagian Pengawasan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) bersama Pejabat Sekretariat TKP (Operasi), Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dan Bahagian Kewangan Maritim Malaysia.
Kehadiran YBhg. Ketua Pengarah serta pengurusan tertinggi ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menunjukkan keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap pengukuhan hubungan silaturahim antara warga Maritim Malaysia.
Majlis sebegini bukan sahaja mengukuhkan ikatan kekeluargaan dalam agensi, malah menjadi wadah menyemai nilai murni, semangat muafakat dan perpaduan dalam kalangan warga kerja yang berdedikasi menjaga perairan negara.
Manariknya, jamuan Aidilfitri yang dianjurkan, kesemuanya dilaksanakan secara "potluck" oleh warga dan masing-masing menikmati juadah yang pelbagai dgn penuh kesyukuran.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

