KOTA KINABALU, 17 APRIL– Keupayaan keselamatan perairan negara, khususnya di perairan Sabah, kini diperkukuhkan dengan kembalinya Kapal Maritim (KM) BANGGI ke pangkuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas menjalani proses pembaikan dan naik taraf menyeluruh selama lebih dua tahun.
Majlis penyerahan rasmi KM BANGGI daripada Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd. kepada Maritim Malaysia berlangsung penuh simbolik di Sabah Ports, Kota Kinabalu, Selasa lalu. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.
Menurut Datuk Haji Mohd Rosli, kapal ini menjalani kerja-kerja repowering jentera utama dan refit struktur serta sistem teknikal selama 26 bulan di limbungan kapal Shin Yang, Miri, Sarawak.
Ujar beliau lagi, proses tersebut merangkumi penggantian enjin utama, pemulihan sistem elektrik dan elektronik, serta pemeriksaan menyeluruh struktur kapal.
“Kembalinya KM BANGGI ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya merupakan lonjakan strategik dalam usaha memperkukuh rondaan dan kesiapsiagaan Maritim Malaysia di perairan Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan pelbagai cabaran keselamatan maritim,” katanya.
Majlis berkenaan turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen penyerahan antara Shin Yang Shipyard dan Maritim Malaysia, serta pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan.
Seterusnya, tetamu diberi peluang meninjau KM BANGGI yang kini siap siaga untuk kembali menjalankan tugas operasi.
Dalam sesi lawatan tersebut, Datuk Haji Mohd Rosli turut menyampaikan amanat khas kepada anak-anak kapal melalui sistem komunikasi radio sebelum sesi bergambar kenangan bersama seluruh kru KM BANGGI diadakan di dek kapal.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Eksekutif Shin Yang Shipyard, Mr Vincent Ling Lu Yew; serta pegawai kanan Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

