08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PERBARISAN PENGARAH AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS)

KUANTAN, 17 APRIL – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) mengadakan Perbarisan Pengarah AMSAS yang berlangsung dengan penuh tertib, disiplin dan semangat maritim yang tinggi di Padang Kawad AMSAS pada 15 April (Selasa) lalu.

Perbarisan ini merupakan acara wajib yang dilakukan pada setiap suku tahun pertama setiap tahun ; sebagai simbolik penghormatan kepada barisan pengurusan tertinggi AMSAS, yang disempurnakan oleh Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun.

Dalam perbarisan itu beliau diberi tabik hormat daripada ketua pegawai perbarisan, Leftenan Komander Maritim Mohd Amerul Aznor bin Mohd Azmi serta diikuti para anggota yang lain.

Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan berkata, Perbarisan ini diadakan bukan sekadar mengisi takwim atau acara rutin tahunan AMSAS tetapi merupakan identiti dan budaya kerja warga AMSAS bagi menjunjung tinggi nilai disiplin, kepimpinan dan kecemerlangan.

"Ini adalah satu legasi dan etos Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), penganjurannya adalah bertujuan bagi memperkukuhkan lagi nilai disiplin, integriti dan semangat berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota serta seluruh warga kerja AMSAS,

"Saya amat bangga dan menghargai komitmen yang ditunjukkan serta dedikasi yang tidak pernah luntur oleh warga AMSAS bagi memastikan institusi ini terus unggul sebagai pusat latihan maritim bertaraf Antarabangsa," katanya ketika menyampaikan ucapan di hadapan platun Perbarisan, pengurusan tertinggi dan warga AMSAS.

Tegas beliau, sebagai institusi latihan utama Maritim Malaysia - AMSAS telah memainkan peranan yang sangat penting bagi melahirkan pegawai dan anggota maritim yang cekap, berwibawa serta berdaya saing, seiring dengan aspirasi Maritim Malaysia; berperanan sebagai agensi utama keselamatan perairan di negara ini.

Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Februari dan Mac 2025 bagi mengiktiraf prestasi cemerlang dan dedikasi yang ditunjukkan dalam perkhidmatan.

Penerima Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Februari ialah Bintara Muda Maritim Najid bin Abdul Halim manakala Penerima Anugerah Pekerja Contoh pada bulan Mac pula diberikan kepada Bintara Kanan Maritim Ahmad bin Daud.

Syabas dan tahniah kepada semua pegawai, anggota serta pelatih kerana telah menjayakan perbarisan ini dengan penuh semangat dan nilai profesionalisme yang tinggi sesuai dengan slogan Merintis Kecemerlangan Maritim!

 

 

PERBARISAN AMSAS3
 
 PERBARISAN AMSAS4
 
PERBARISAN AMSAS5
 
PERBARISAN AMSAS7
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC