MIRI, 16 APRIL – Suasana Syawal hari ke-17 diraikan dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Zon Maritim Miri yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Zon Maritim Miri, siang tadi.
Warga Maritim Malaysia di ZM Miri pada tahun ini amat bertuah dan terasa lebih bermakna dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Negeri Sarawak, YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew merangkap ADUN Piasau dan juga Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz.
Ketibaan para tetamu istimewa ini telah disambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad serta warga Zon Maritim Miri.
Pelbagai juadah khas Aidilfitri dihidangkan dalam majlis ini untuk para hadirin yang datang dengan busana tradisional masing-masing secara tidak langsung mengambarkan keharmonian, perpaduan dan hubungan baik pelbagai kaum di negara ini perlu sentiasa dikekalkan dan dipertahankan.
Walaupun dalam kesibukan para anggota Maritim Malaysia melaksanakan operasi dalam menjaga keselamatan dan keamanan perairan negara 24/7, majlis ini dilihat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warganya.
Selain menjadi motivasi dan meningkatkan moral yang tinggi buat para anggota bagi melepaskan lelah buat sementara sebelum menyambung tugas dan amanah yang dipikul demi menjaga Ibu Pertiwi dan Tanah Air tercinta.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

