window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); MARITIM MALAYSIA PERKUKUH HUBUNGAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN TANJUNG LUMPUR
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH HUBUNGAN BERSAMA KOMUNITI NELAYAN TANJUNG LUMPUR

KUANTAN, 16 APRIL – Program ‘Sembang Santai Bersama Komuniti Maritim’ di Tanjung Lumpur telah diadakan oleh Maritim Negeri Pahang bertempat di Warung Celup Tepung Hujung Tanjung dekat sini, semalam.

Dalam program itu, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab turut sama-sama meluangkan masa menyantuni warga tempatan yang majoritinya terdiri daripada ahli Persatuan Nelayan Kuantan.

Menurutnya, program yang dianjurkan ini adalah salah satu daripada usaha Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagai platform bagi mendekati komuniti maritim dan dapat memahami isu-isu setempat.

"Signifikan program ini diadakan adalah bagi mengukuhkan kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dengan masyarakat setempat, khususnya komuniti maritim kerana mereka merupakan mata dan telinga kepada pihak penguat kuasa terutamanya dalam aspek pematuhan undang-undang dan melaporkan sebarang insiden kecemasan di laut," katanya dalam ucapan.

Antara pengisian yang disusun dalam program itu ialah sesi dialog bersama komuniti maritim dan diikuti penyampaian taklimat oleh pegawai Maritim Malaysia mengenai 'Preventive SAR'.

Rata-rata para hadirin menzahirkan penghargaan terhadap Maritim Malaysia atas inisiatif penganjuran program seperti ini, kerana ia bukan sahaja berkonsep 'santai' tetapi sarat dengan nasihat dan peringatan kepada para hadirin.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kepada komuniti maritim agar patuhi peraturan yang ditetapkan seperti memakai jaket keselamatan dan merujuk aplikasi my Cuaca memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu susulan berakhirnya fasa Monsun Timur Laut pada ketika ini.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang melalui talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan kecemasan 999.

 

SEMBANG SANTAI LUMPUR2
 
SEMBANG SANTAI LUMPUR4
 
SEMBANG SANTAI LUMPUR5
 
SEMBANG SANTAI LUMPUR6
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC