π ππ₯π, ππ± ππ½πΏπΆπΉ - Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Zon Maritim Miri, semalam.
Ketibaan beliau dan rombongan telah disambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad serta warga Zon Maritim Miri.
Dalam lawatan kerja tersebut, beliau berkesempatan melawat fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekitar Kompleks Zon Maritim Miri seperti banggunan pejabat, kuarters, surau, jeti dan lain-lain.
Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan warga Zon Maritim Miri.
Selain itu, beliau juga turut diberikan taklimat berkaitan pencapaian dan perancangan yang akan dilaksanakan oleh Zon Maritim Miri. Lawatan kerja rasmi ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama warga Zon Maritim Miri.
Turut hadir dalam sesi lawaran ini adalah Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Anak Tusa, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak, Encik Yusof Mok bin Mohd Generawi, Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhd Suffian Eldine bin Abdullah dan Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Anak Juing.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI β Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

