PUTRAJAYA, 11 APRIL – Semangat Syawal diraikan dalam suasana penuh kemesraan dan keharmonian apabila Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Menteri Dalam Negeri, Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), bertempat di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, serta Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, bersama barisan pengurusan tertinggi kementerian dan agensi-agensi di bawah KDN.
Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia adalah mencerminkan komitmen berterusannya dalam mengukuhkan hubungan strategik dan ukhuwah serta silaturahim sesama agensi di bawah KDN, seiring semangat 'Syawal Madani' yang dibawakan.
Terdahulu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia turut berkesempatan menghadiri Jamuan Aidilfitri peringkat dalaman Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya anjuran beberapa bahagian antaranya; Bahagian Undang-Undang (BUU), Bahagian Operasi Udara (BOU), Bahagian Siasatan Jenauah Maritim (BSJM), Bahagian Pembangunan dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).
Dalam suasana mesra dan penuh makna di Bahagian Undang-Undang, Ketua Pengarah Maritim Malaysia turut menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Pengarah Bahagian Undang-Undang, Puan Naziah binti Mokhtar @ Sota bersempena pertukaran beliau ke tempat kerja yang baharu. Sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di Maritim Malaysia amat dihargai dan dikenang sampai bila-bila oleh pengurusan tertinggi dan warga Maritim Malaysia.
Semoga kemeriahan sambutan ini menjadi platform mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam Maritim Malaysia dan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara warga agensi khususnya dan rakan strategik secara amnya.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

